Soalan 1: “Apakah syarat untuk Money Back Guarantee?”
Kami mahu semua peserta dapat manfaat penuh daripada Cabaran Menulis 30 Hari. Jika selepas mengikuti cabaran ini anda rasa langsung tidak mendapat sebarang manfaat, kami akan pulangkan 100% yuran anda — tanpa soal.
Caranya: Hanya maklumkan kepada Admin dalam tempoh 7 hari selepas cabaran tamat bahawa anda ingin tuntut Money Back Guarantee.
Kami juga hargai sebarang maklum balas secara ringkas (supaya kami dapat perbaiki program akan datang).
Soalan 2: “Adakah saya akan mahir menulis selepas sertai kelas ini?”
Objektif utama kelas ini adalah untuk membantu anda bina tabiat menulis bersama komuniti. Kami juga akan berusaha memberikan pendedahan tentang asas teknik penulisan.
Tetapi anda sendiri yang perlu beri komitmen untuk belajar meningkatkan kemahiran penulisan melalui latihan menulis setiap hari.
Soalan 3: “Sekiranya saya tidak mampu membayar yuran tetapi ingin sertai juga, bagaimana saya boleh mohon tajaan untuk mendaftar?”
Kami mengalu-alukan para penaja untuk bantu membayar yuran bagi peserta yang tidak berkemampuan. Sekiranya anda memerlukan tajaan, boleh hubungi +6013-261 3442 (Admin) dan nyatakan hasrat mahu memohon tajaan.
Soalan 4: “Tajuk penulisan nanti atas pilihan sendiri ke?”
Ya. Tajuk dan niche atas pilihan sendiri. Anda bebas untuk menulis tentang tajuk yang anda minat, pakar, atau ingin teroka.
Soalan 5: “Platform media sosial apa akan digunakan nanti? Kalau saya post hanya di Threads boleh ke?”
Media sosial yang kita akan gunakan bagi cabaran kali ini adalah salah satu:
• Threads
• X (Twitter)
Media sosial seperti Facebook, LinkedIn, Instagram dan lain-lain tidak disarankan. Anda boleh post sebagai platform tambahan. Sekiranya tetap mahu pilih media sosial lain, boleh maklumkan kepada Admin untuk kami take note.
Soalan 6: “Sekiranya saya tiada media sosial dan tak mahu post macam mana?”
Anda boleh daftar dan berikan komitmen untuk menulis apa sahaja; tugasan di tempat kerja, projek penulisan peribadi, diari, jurnal dan lain-lain. Tetapi perlu menghantar laporan ringkas (isi borang) supaya kita dapat track tugas menulis setiap hari.
Soalan 7: “Macam mana perlaksanaan kelas ni sebenarnya?”
Kelas ini sepenuhnya dijalankan secara online. Anda akan dimasukkan ke dalam support group untuk sama-sama menulis bersama peserta lain. Kami akan bantu bimbing setiap peserta menulis 1 konten setiap hari.
Anda dapat tugasan, mula berlatih menulis di media sosial, kami berikan feedback dan tip penulisan. Latihan selama 30 hari ini untuk bantu anda bina tabiat menulis.
Di akhir cabaran ini, setiap peserta akan mempunyai 30 konten yang telah ditulis sendiri dan boleh dijadikan content library milik anda sendiri.
Soalan 8: “Saya tak berkelapangan untuk sertai kelas dan cabaran menulis untuk sesi kali ini. Boleh ke saya daftar sesi akan datang?”
Bagi yang mahu sertai sesi akan datang, anda dijemput untuk mengisi borang prapendaftaran supaya kami dapat memaklumkan info pelancaran kepada anda sebaik sahaja pendaftaran dibuka lagi.
Pautan prapendaftaran: https://ezy.la/waitinglistcabaranmenulis
Sebarang pertanyaan, sila hubungi +6013-261 3442 (Admin)