Soalan 1: “Apakah syarat pemulangan yuran jika saya nak claim semula 100% yuran lepas kelas tamat?”

Anda hanya perlu menulis 1,000 patah perkataan selama 30 hari & menghantar laporan tugasan. Selepas kelas tamat, anda boleh hubungi Admin untuk mendapatkan semula pemulangan yuran ataupun memberikan jumlah yuran yang telah dibayar sebagai kos pengurusan program atau dijadikan tajaan bagi menaja peserta siri akan datang.


Soalan 2: “Adakah saya akan mahir menulis selepas sertai kelas ini?”

Objektif utama kelas ini adalah untuk membantu anda bina tabiat menulis. Kami juga akan berusaha memberikan pendedahan tentang asas teknik penulisan. Tetapi anda sendiri yang perlu belajar meningkatkan kemahiran menulis dengan berlatih menulis setiap hari.


Soalan 3: “Sekiranya saya tidak mampu membayar yuran tetapi ingin sertai juga, bagaimana saya boleh mohon tajaan untuk mendaftar?”

Kami mengalu-alukan para penaja untuk bantu menaja yuran bagi peserta yang tidak berkemampuan.

Sekiranya anda memerlukan tajaan, boleh hubungi +6013-261 3442 (Admin) dan nyatakan hasrat mahu memohon tajaan.

Syarat Permohonan Tajaan Cabaran Menulis 30 Hari

1) Pelajar berumur 25 tahun dan ke bawah.

Dan/Atau

2) Tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap.

Peserta yang layak memohon akan diberikan pilihan untuk mohon pendaftaran dengan tajaan sebahagian atau tajaan penuh (100%).


Soalan 4: Tajuk penulisan nanti atas pilihan sendiri ke?

Ya. Tajuk dan niche atas pilihan sendiri. Anda bebas untuk menulis tentang tajuk yang anda minat, pakar, atau ingin teroka.

Anda juga bebas untuk menulis apa-apa sahaja jenis penulisan, asalkan ia memenuhi syarat 1,000 patah perkataan.


Soalan 5: “Bila Cabaran Menulis ni akan bermula?”

Kita akan mulakan dengan seminggu onboarding session dan fasa percubaan dahulu sebelum betul-betul kira cabaran menulis bermula hari pertama.

Cabaran Menulis akan bermula dalam masa terdekat.

Kami akan tanya dahulu peserta yang dah confirm penyertaan jika sedia untuk mula onboarding session dan cabaran menulis.


Soalan 6:  “Adakah penulisan perlu dihantar? Jika saya nak simpan sendiri sahaja boleh?”

Memadai peserta tunjukkan bukti word count yg dipaparkan oleh note-taking app tersebut.

Kami serahkan kepada kejujuran peserta sendiri untuk tidak copy & paste penulisan orang lain atau penulisan hari sebelumnya untuk tambah word count.


Soalan 7:  “Macam mana perlaksanaan kelas ni sebenarnya?

Kelas ini sepenuhnya dijalankan secara online. Anda akan dimasukkan ke dalam community group (WhatsApp) untuk sama-sama menulis bersama peserta lain. Kami akan bantu bimbing setiap peserta menulis setiap hari.

Mula berlatih menulis di platform note-taking app pilihan (Microsoft Word, Google Docs, Notion, dll)kami berikan feedback dan tip penulisan. Latihan selama 30 hari ini untuk bantu anda bina tabiat menulis.

Di akhir cabaran ini, setiap peserta akan mempunyai 30 konten yang telah ditulis sendiri dan boleh dijadikan content library milik anda sendiri.


Soalan 8:  “Saya tak berkelapangan untuk sertai kelas dan cabaran menulis untuk sesi kali ini. Boleh ke saya daftar sesi akan datang?

Bagi yang mahu sertai sesi akan datang, anda dijemput untuk mengisi borang prapendaftaran supaya kami dapat memaklumkan info pelancaran kepada anda sebaik sahaja pendaftaran dibuka lagi. Pautan prapendaftaran: https://ezy.la/waitinglistcabaranmenulis


Sebarang pertanyaan, sila hubungi  +6013-261 3442 (Admin)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Sertai Cabaran Menulis 1K [Yuran Komitmen Batch 5.0 - RM399] BELUM MULA
Sertai Cabaran Menulis 1K [Yuran Komitmen 10 Terawal - RM299] HABIS STOK
Menaja Pelajar Cabaran Menulis 1K | Tajaan Seikhlas Hati
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Format: dd/mm/yyyy

BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel proleadlegacy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPROLEAD TRAINING & LEARNING
No. Akaun562263593528
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN