Soalan 1: “Range umur peserta dari berapa hingga berapa?”
Syarat penyertaan:
• Berumur 18 - 40 tahun sahaja.
• Boleh baca al-Quran (bukan baru nak belajar membaca).
• Pernah hafal beberapa ayat atau sekurang-kurangnya 1 surah pendek.
Soalan 2: “Waktu perlaksanaan, ada gmeet/zoom ke?”
Tiada penetapan masa untuk tasmik. Peserta akan semak hafalan dengan cara submit voice note melalui WhatsApp kepada guru tasmik masing-masing.
Sesi gmeet/zoom akan ada sebagai bonus untuk tilawah bersama-sama (bukan sesi tasmik seorang-seorang).
Soalan 3: “Sehari berapa kali akan di tasmik?”
Sehari sekurang-kurangnya sekali. Surah yang dipilih akan dibahagikan kepada 10 hari.
Kemudian hari kedua, tasmik baca ayat 1-2. Ketiga, 1-3. Dan seterusnya.
Hari terakhir akan tasmik keseluruhan target tersebut.
Soalan 4: “Untuk kelas hafazan, akan ada guru yang tasmik ke?”
Insya-Allah akan ada guru tasmik. Cuma kita tak buat sesi f2f untuk tasmik seorang-seorang.
Kaedah tasmik, peserta hantar voice note. Kemudian guru akan dengan dan semak.
Sekiranya bacaan perlu pembetulan, guru akan tegur pula dengan voice note.
Soalan 5: “Ade specific masa tak? Mcm malam atau siang atau pukul berapa, sbb takut tak dapat commit and takut miss”
Kita tak ada spesifik masa untuk tasmik hafalan sbb kita bukan tasmik f2f, tapi hantar voice note untuk disemak.
Peserta bebas untuk hantar pada bila-bila masa lapang, asalkan masih ikut syarat untuk hantar bacaan ayat tertentu pada hari tersebut.
Soalan 6: “Kelas nanti campur ke lelaki & wanita?”
Semua peserta akan masuk 1 group sama. Tapi proses tasmik nanti akan diasingkan ikut group surah pilihan dan guru berbeza.
Lelaki dengan guru lelaki. Wanita dengan guru wanita.
Jangan risau. Kita asingkan insya-Allah.
Soalan 7: “Bila sesi bonus tilawah bersama?”
Insya-Allah Sesi Bonus Tilawah al-Quran bersama-sama akan diadakan pada setiap pagi dan malam.
7.00 am – Surah al-Kahfi, 1-10 dan Surah Lazim
10.30 pm – Surah al-Mulk, 1-30
Sebarang pertanyaan, sila hubungi
+6011-5963 2516 (admin)